KANAK-KANAK atau mungkin anda sendiri pasti mengetahui melodi lagu Bingo dan juga Mengantuknya Mumia, bukan?
Sudah pasti lagu-lagu tersebut meraih populariti sejak siaran siri kanak-kanak popular iaitu Didi & Friends terbitan Digital Durian.
Terbaharu rancangan tersebut telah berjaya memenagi anugerah ‘Program Prasekolah Terbaik’ di Asian Television Awards ke-24 di Manila.
Program muzikal berbentuk ‘Edutainment’ tersebut berjaya mengalahkan pencalonan lain dari negara China (‘Fashion Kids’ dan ‘Flying Fairground’), dan Jepun (‘Shimajirō no Wow!’) .