TERMA DAN SYARAT

TERMA ASAS

1
Penganjur
Champs, DD Animation Studios Sdn Bhd & MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
2StesyenTidak Berkenaan
3Nama PertandinganBento Challenge #ChampsXDidi2021 #MakanChamps
4Maklumat Ringkas PertandinganMemupuk minat untuk menyediakan belakan makanan atau bento di kalangan kanak-kanak. Champs telah menganjurkan pertandingan Bento Challenge di mana peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000*
5Langkah – Langkah Pertandingan1. Sediakan bento di dalam bekas & hiaskan bento dengan kreatif
2. Muat naik gambar anak anda bersama bento di Facebook atau Instagram beserta caption menarik
3. Letak hashtag #ChampsXDidi2021 #MakanChamps di gambar
4. Gambar yang paling menarik & kreatif akan dipilih sebagai pemenang
5. Akaun Facebook & Instagram perlu ‘public’
6Kriteria KelayakanPeraduan ini dibuka kepada semua kanak-kanak seluruh Malaysia  
7Individu Tidak LayakIndividu-individu di dalam kategori berikut adalah tidak layak untuk menyertai pertandingan ini :-

a. Pekerja/Kontraktor/Vendor di bawah Penganjur, penaja pertandingan, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd, Astro Entertainment Sdn Bhd, Astro Production Sdn Bhd, Astro Digital 5 Sdn Bhd dan Astro Malaysia Holdings Berhad termasuk *ahli keluarga terdekat mereka.
*ahli keluarga terdekat merangkumi pasangan, anak-anak, ibu-bapa serta adik-beradik.
8Had Kelayakan UmurKanak-kanak berumur 3 tahun – 12 tahun.
9BayaranTiada bayaran penyertaan dikenakan.
10Tarikh KempenBermula 23 Ogos pada 10 pagi sehingga 26 September 2021 di jam 11.59 malam.
11Bahasa untuk PertandinganBahasa Malaysia
12Prosedur PenyertaanMedia Sosial (Instagram & Facebook sahaja)
13Tarikh Akhir Penyertaan26 September 2021, 11.59 malam.
14Masa Akhir UndianTidak berkenaan.
15ModeInstagram & Facebook.
16Pemilihan PemenangPenyertaan gambar bento & caption yang paling kreatif
17HadiahHADIAH UTAMA : Wang tunai RM5000 + barangan Champs bernilai RM300
TEMPAT PERTAMA : Wang tunai RM3000 + barangan Champs bernilai RM300
TEMPAT KEDUA : Wang tunai RM2000 + barangan Champs bernilai RM300
SAGUHATI x 10 : Barangan Champs bernilai RM300 setiap seorang
18Notifikasi PemenangPemenang akan diumumkan di Instagram & Facebook Didi & Friends Malaysia dan Champs Vitamins pada 30 September 2021
19Tempoh Tuntutan HadiahAkan dimaklumkan oleh pihak penganjur.
20Tempat Tuntutan HadiahAkan dimaklumkan oleh pihak penganjur.
21Lain-Lain Terma dan Syarat
Tidak Berkenaan

Terma Asas beserta Terma dan Syarat Pertandingan (dirujuk sebagai Terma dan Syarat) adalah tertakluk kepada setiap peserta yang menyertai pertandingan ini (Peserta). Segala terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Terma dan Syarat Pertandingan adalah muktamad melainkan dinyatakan sebaliknya di dalam Terma Asas. Sekiranya terdapat kekeliruan di antara Terma dan Syarat Pertandingan dan Terma Asas, Terma Asas akan diterima pakai sebagai penyelesaian.

Penyertaan yang dihantar untuk Pertandingan akan diambil kira sebagai penerimaan tanpa prejudis oleh Peserta terhadap Terma dan Syarat.